HOME OBJEKTIF PENGENALAN ASAS TUTORIAL

Asas Cerucuk




Asas cerucuk digunakan apabila beban bangunan terlalu besar atau lapisan tanah atas di tapak binaan berkeupayaan galas rendah. Oleh itu beban bangunan terpaksa dipindahkan kepada lapisan tanah kukuh yang terletak jauh di dalam tanah.

Asas cerucuk boleh dibahagi kepada dua jenis, bergantung kepada cara beban dipindahkan dari bangunan ke lapisan tanah.

Cerucuk geseran bergantung sepenuhnya pada geseran yang terjadi antara cerucuk dan tanah di sekelilingnya. Oleh itu cerucuk geseran perlu mempunyai permukaan yang kasar dan tanah pula daripada jenis yang bergeseran tinggi. Contohnya cerucuk konkrit di dalam tanah pasir padat.

Cerucuk galas hujung pula memindahkan beban bangunan terus kepada lapisan kukuh yang terdapat di dalam tanah. Oleh itu, cerucuk jenis ini perlu ditanam atau dibina hingga ke lapisan tanah kukuh dibawahnya.



Bahan yang selalu digunakan sebagai cerucuk ialah konkrit, keluli dan kayu. Cerucuk boleh bertindak secara bersendirian atau secara berkumpulan. Biasanya kumpulan cerucuk digunakan dan tukup cerucuk dibina.



contoh asas cerucuk




No comments:

Post a Comment