Asas rakit diperlukan di tanah yang berkeupayaan galas tanah dan cenderung mengenap secara tidak sekata apabila dikenakan beban. Jika asas pad atau asas jalur dibina, luas pad atau lebar jalur agak besar dan hampir menutupi seluruh luas tapak bangunan. Tambahan pula, enapan yang tidak sekata akan menyebabkan keretakan pada komponen- komponen bangunan. Oleh itu, papak konkrit lebih sesuai dibina sebagai asas bangunan itu. Papak jenis ini dinamakan asas rakit. Asas rakit boleh dibina dalam beberapa jenis, iaitu:
- Asas rakit papak padu
- Asas rakit rasuk dan papak
- Asas rakit bersel
JENIS ASAS RAKIT
Jenis asas rakit
| |
Jenis Asas Rakit
|
Kegunaan
|
Papak Padu
|
Sesuai digunakan bagi bangunan yang tidak melebihi dua tingkat apabila beban yang dikenakan ke atas asas adalah rendah. Oleh itu, papak yang tidak sampai 300 mm tebal sudah memadai.
|
Rasuk dan Papak
|
Sekiranya beban bangunan terlalu besar hingga memerlukan ketebalan papak melebihi 300 mm, maka lebih sesuai jika asas rasuk dan papak dibina.
|
Bersel
|
Sesuai digunakan pada tanah yang longgar atau tanah yang cenderung mengenap secara tak sekata seperti tanah bekas tapak lombong yang dikambus. Tebal keseluruhan asas yang dibina mungkin mencapai 1 m atau lebih. Asas lain tidaklah ekonomi.
|
Asas Rakit Papak Padu
Asas rakit papak padu dibina daripada konkrit pada keseluruhan tapak bangunan yang hendak didirikan. Ketebalan papak bergantung kepada beban yang digalas dan kekuatan tanah di tapak bina. Papak biasanya diperkukuhkan dengan tetulang pada kedua-dua hala. Lebih banyak tetulang diperlukan di bawah tiang atau dinding yang menggalas beban. Ketebalan maksimum papak ialah 300 mm. Papak yang lebih tebal adalah tidak ekonomi untuk dibina.
Asas Rakit Rasuk dan Papak
Asas rakit rasuk dan papak diperlukan apabila asas rakit papak padu yang hendak dibina mencapai ketebalan melebihi 300 mm. Papak konkrit bertetulang dibina di atas tanah manakala rasuk dibina di atas papak tersebut pada kedudukan yang tertentu.
Asas Rakit Bersel
Asas rakit bersel dibina pada tanah longgar dan cenderung mengenap dengan tak sekata seperti tanah bekas lombong dan sebagainya. Dalam keadaan, papak yang dibina mungkin mencapai ketebalan melebihi 1 meter. Oleh itu pembinaan asas rakit jenis bersel adalah lebih baik.
Asas ini terdiri daripada dua papak konkrit atas dan bawah. Rasuk- rasuk dibina di antara kedua-dua papak dalam kedua-dua hala membentuk asas rakit bersel geronggang. Asas rakit bersel mempunyai ketegaran yang tinggi dan lebih ekonomi berbanding dengan papak yang sama tebal dan sama tegar.
contoh asas rakit
No comments:
Post a Comment