HOME OBJEKTIF PENGENALAN ASAS TUTORIAL

Asas Jalur


Terdapat bangunan yang tidak mempunyai tiang tetapi menggunakan dinding yang bertindak mengagihkan beban daripada komponen- komponen lain kepada asas bangunan. Oleh sebab dinding merupakan komponen yang panjang, maka asas yang dibina di bawah dinding ini dinamakan asas jalur.

Asas jalur dibina daripada konkrit. Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1 : 2 : 4. Asas jalur boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu:
  • Asas jalur biasa
  • Asas jalur lebar
  • Asas jalur dalam

Jadual menunjukkan jenis asas jalur dan kegunaannya manakala Rajah menunjukkan jenis asas jalur.
Jenis asas jalur dan kegunaannya
Jenis Asas Jalur
Kegunaan
Asas Jalur Biasa
Sesuai digunakan pada tanah yang berkeupayaan galas tinggi dan tidak mengecut seperti tanah berbatu kelikir.
Asas Jalur Dalam
Digunakan pada tanah berkelodak atau tanah liat yang cenderung mengembang dan mengecut mengikut kandungan lembapannya.
Asas Jalur Lebar
Sesuai digunakan pada tanah yang berkeupayaan galas rendah. Contohnya tanah liat lembut dan tanah kampus atau tambak.





















contoh asas jalur







No comments:

Post a Comment